Hotel / Ryokan

Hotel / Ryokan

■ Kawasan Utara Kota Osaka

Kawasan Utara Kota Osaka
Hotel Maruichi
Hotel Maruichi

Sarapan percuma, dobi layan diri, bilik PC, tempat mandi besar.
Wi-Fi boleh didapati di seluruh bangunan, termasuk di setiap bilik tetamu dan meja penyambut tetamu. 8 minit dari Stesen JR Osaka, 5 minit dari Stesen Keretapi Bawah Tanah Higashi-Umeda. Meja penyambut tetamu dibuka 24 jam. Sangat sesuai untuk bisnes ataupun percutian.

Alamat 12-15 Togano-cho, Kita-ku, Osaka-shi
Poskod 530-0056
T E L +81 6-6312-0621
F A X +81 6-6312-0624
U R L Japanese
http://www.maruichi-hotel.com/
Jumlah bilik Jumlah bilik...40 (Gaya Jepun...10 Gaya Barat...30)

■ Kawasan Selatan Kota Osaka

Kawasan Selatan Kota Osaka
Hotel Kuramoto
Hotel Kuramoto

Lokasinya hanya 3 minit berjalan dari daerah hiburan terbesar Osaka, Dotonbori.Bangunan rangka keluli 7 tingkat.Semua bilik tetamu adalah bilik gaya Jepun dilengkapi kamar mandi dan tandas.Terdapat tempat mandi umum yang besar juga. Semua bilik tetamu dilengkapi akses Wi-Fi percuma. Ryokan kota yang sangat santai.

Alamat 2-11-7 Shimanouchi, Chuo-ku, Osaka-shi, Osaka
Poskod 542-0082
T E L +81 6-6211-3168
F A X +81 6-6211-6957
U R L English
http://www.kuramoto-hotel.co.jp/
Jumlah bilik Jumlah bilik ...24 (Gaya Jepun ...24 Gaya Barat ...0)
Yamatoya Honten
Yamatoya Honten

Yamatoya Honten adalah sebuah hotel berkonsepkan Jepun (ryokan) terletak di pusat bandar Osaka dalam daerah Minami.
Osaka adalah bandar terbesar di barat Jepun, dan ia adalah pangkalan termudah untuk mengembara ke pelbagai tarikan pelancongan di sekeliling Osaka, seperti Tapak Warisan Dunia Gunung Koya di Wakayama, Istana Himeji di Hyogo, Kyoto dan Nara, dua buah bandar yang kaya dengan pelbagai bahan bersejarah. Terletak di tengah-tengah Osaka Minami, Yamatoya Honten menawarkan akses mudah ke Istana Osaka, Universal Studios Japan, Osaka Aquarium dan tempat persiaran yang lain di dalam Osaka.
Tambahan pula, di kawasan Dotonbori, lokasi paling hebat untuk menikmati pengalaman Osaka kerana di situ terdapat banyaknya pusat membeli-belah, restoran-restoran dan tempat menjamu selera yang menghidangkan makanan tradisi tempatan.
Hotel kami sangat disyorkan sebagai pangkalan sekiranya anda ingin mengembara ke sekitar barat Jepun.

 

Alamat 2-17-4 Shimanouchi, Chuo-ku, Osaka-shi, Osaka
Poskod 542-0082
T E L +81 6-6211-3587
F A X +81 6-6212-1553
U R L English
http://www.yamatoyahonten.co.jp/eng/
Jumlah bilik Jumlah bilik...39 (Gaya Jepun...33 Gaya Barat...6)
Ryokan Kaneyoshi
Ryokan Kaneyoshi

Ryokan Kaneyoshi di Namba ialah ryokan untuk bersiar-bersiar di kawasan Dotonbori. Terletak di tengah-tengah daerah hiburan, ia adalah tempat yang sangat strategik bagi membeli belah, makan atau minum. Ia adalah tempat yang sangat ideal bagi bersiar-siar kerana kedudukannya yang sangat hampir dengan banyak stesen keretapi utama.

Alamat 3-12 Soemon-cho, Chuo-ku, Osaka-shi, Osaka
Poskod 542-0084
T E L +81 6-6211-6337
F A X +81 6-6213-0843
U R L English
http://www.kaneyosi.jp/
Jumlah bilik Jumlah bilik...15 (Gaya Jepun...15 Gaya Barat...0)
South Inn Ikenoya
South Inn Ikenoya

Hotel kecil yang sangat sesuai bagi bisnes atau bersiar-siar, terletak 5 minit berjalan kaki dari Stesen Namba Osaka (Pintu Masuk Selatan). Perkhidmatan yang sangat baik dengan harga berpatutan. Ajukan pertanyaan segera!

Alamat 7-20 Namba-Sennichimae, Chuo-ku, Osaka-shi, Osaka
Poskod 542-0075
T E L +81 6-6641-5182
F A X +81 6-6641-9910
U R L Japanese
http://www.ikenoya.jp/
Jumlah bilik Jumlah bilik...14 (Gaya Jepun...0 Gaya Barat...14)

■ Kawasan Utara Kota Osaka

Kawasan Utara Kota Osaka
Fushioukaku
Fushioukaku

Anda pernah dengar?! Di Osaka juga terdapat ryokan kolam air panas! Ryokan onsen (kolam air panas) yang sangat memudahkan, 1 jam dari Dotonbori, Kita dll dengan tren dan bas. Rumah penginapan gaya Jepun ini juga mengalu-alukan pelawat siang hari sahaja dan sudah tentu juga mereka yang ingin menginap, jadi, setelah penat membeli belah di Dotonburi, apa kata berehat di ryokan kolam air panas? Kobe dan Kyoto juga hanya 1 jam dari sini. Nikmatilah pemandangan Jepun di kelilingi alam semula jadi, bungaan dan kehijauan.

Alamat 128-1 Fushio-cho, Ikeda-shi, Osaka
Poskod 563-0011
T E L +81 72-751-3540
F A X +81 72-751-0420
U R L English
http://www.fushioukaku.co.jp/
Jumlah bilik Jumlah bilik...69 (Gaya Jepun...57 Gaya Barat...7)

■ Kawasan Selatan Kota Osaka

Kawasan Selatan Kota Osaka
Minamitei
Minamitei

Kolam air panas Inunakiyama, daerah kolam air panas terkenal yang tersembunyi di kawasan pinggir bandar Osaka.Kolam air panas semula jadi Minamitei' dipenuhi sulfur. Segarkan badan dan minda sambil menikmati suasana kolam air panas. Anda juga boleh menikmati hidangan bermusim mewah di bilik tetamu di mana anda boleh mengagumi 4 musim. Hidangan babi Inunaki adalah hidangan stimbot yang sangat terkenal menggunakan daging babi Inunaki, satu-satunya jenama babi kawasan Osaka.

Alamat 2236 Ogi, Izumisano-shi, Osaka
Poskod 598-0023
T E L +81 72-459-7336
F A X +81 72-459-7823
U R L Japanese
http://www.minamitei.com/
Jumlah bilik Jumlah bilik...15 (Gaya Jepun...15 Gaya Barat...0)
City Hotel Air Port in Prince
City Hotel Air Port in Prince

Hanya 9 minit perjalanan dengan tren dari Lapangan Terbang Antara Bangsa Kansai! 2 minit sahaja berjalan dari Stesen Izumisano, sangat sesuai untuk penginapan sebelum atau selepas pengembaraan. Ia juga sangat bagus untuk membeli belah kerana hanya 5 minit perjalanan kereta ke Rinku Premium Outlets. Wi-Fi dan internet tanpa henti percuma di seluruh bangunan.

Alamat 6-3 Wakamiya-cho, Izumisano-shi, Osaka
Poskod 598-0055
T E L +81 72-463-2211
F A X +81 72-463-5200
U R L Japanese
http://www.airportprince.com/
Jumlah bilik Jumlah bilik...79 (Gaya Jepun...3 Gaya Barat...76)
Rumah Persinggahan Tyojirou
Rumah Persinggahan Tyojirou

Rumah persinggahan kecil, berharga murah berdekatan Lapangan Terbang Kansai, terkenal di kalangan wanita mengembara bersendirian yang ingin penginapan bajet, pelawat luar negara, tetamu tetap, mereka yang ingin bermalam untuk semalam sahaja, dan juga pengembara tegar. Kolam mandi umum yang besar dan lantai pemanas ketika musim sejuk. Fasilliti tidak merokok.

Fasiliti utama: WiFi, PC-LAN, ketuhar gelombang mikro, ketuhar, peti sejuk, dobi, piano dan gitar

Alamat 840 Kamikawaraya, Izumisano-shi, Osaka
Poskod 598-0001
T E L +81 72-462-1786
F A X +81 72-464-9322
U R L English
http://www.rinku.or.jp/tyojirou/
Jumlah bilik Jumlah bilik...18 (Gaya Jepun...0 Gaya Barat...18)
Amami Onsen Nanten-en
Amami Onsen Nanten-en

Menawarkan alam semula jadi yang gemilang dikelilingi gunung ganang dari semua arah, sebuah taman Jepun, kolam air panas semula jadi, hidangan musim Jeppun, Nanten-en memberikan peluang kepada tetamu untuk mengalami budaya tradisi Jepun sebenar. Siap lebih dari 100 tahun lalu, bangunan utama gaya Jepun direka oleh Kingo Tatsuno, arkitek sama yang mereka Stesen Tokyo, dan telah diwartakan sebagai Harta Kebudayaan Bukan Benda negara. Mudah diakses, hanya seminit dari Stesen Amami dan 40 minit dari Osaka. Sila lah kunjungi dan alami lah hospitaliti ryokan Jepun!

Alamat 158 Amami, Kawachinagano-shi, Osaka
Poskod 586-0062
T E L +81 721-68-8081
F A X +81 721-68-8012
U R L English
http://www.e-oyu.com/
Jumlah bilik Jumlah bilik...13 (Gaya Jepun...13 Gaya Barat...0)
pagetop