Senarai mengikut ciri-ciri Penginapan yang mana anda boleh makan makanan Jepun

Senarai mengikut ciri-ciri Penginapan yang mana anda boleh makan makanan Jepun

Senarai mengikut ciri-ciri  Penginapan yang mana anda boleh makan makanan Jepun
Hotel Kuramoto
Hotel Kuramoto

Lokasinya hanya 3 minit berjalan dari daerah hiburan terbesar Osaka, Dotonbori.Bangunan rangka keluli 7 tingkat.Semua bilik tetamu adalah bilik gaya Jepun dilengkapi kamar mandi dan tandas.Terdapat tempat mandi umum yang besar juga. Semua bilik tetamu dilengkapi akses Wi-Fi percuma. Ryokan kota yang sangat santai.

Alamat 2-11-7 Shimanouchi, Chuo-ku, Osaka-shi, Osaka
Poskod 542-0082
T E L +81 6-6211-3168 
F A X +81 6-6211-6957
U R L English
http://www.kuramoto-hotel.co.jp/
Jumlah bilik Jumlah bilik ...24 (Gaya Jepun ...24 Gaya Barat ...0)
Yamatoya Honten
Yamatoya Honten

Yamatoya Honten adalah sebuah hotel berkonsepkan Jepun (ryokan) terletak di pusat bandar Osaka dalam daerah Minami.
Osaka adalah bandar terbesar di barat Jepun, dan ia adalah pangkalan termudah untuk mengembara ke pelbagai tarikan pelancongan di sekeliling Osaka, seperti Tapak Warisan Dunia Gunung Koya di Wakayama, Istana Himeji di Hyogo, Kyoto dan Nara, dua buah bandar yang kaya dengan pelbagai bahan bersejarah. Terletak di tengah-tengah Osaka Minami, Yamatoya Honten menawarkan akses mudah ke Istana Osaka, Universal Studios Japan, Osaka Aquarium dan tempat persiaran yang lain di dalam Osaka.
Tambahan pula, di kawasan Dotonbori, lokasi paling hebat untuk menikmati pengalaman Osaka kerana di situ terdapat banyaknya pusat membeli-belah, restoran-restoran dan tempat menjamu selera yang menghidangkan makanan tradisi tempatan.
Hotel kami sangat disyorkan sebagai pangkalan sekiranya anda ingin mengembara ke sekitar barat Jepun.

 

Alamat 2-17-4 Shimanouchi, Chuo-ku, Osaka-shi, Osaka
Poskod 542-0082
T E L +81 6-6211-3587
F A X +81 6-6212-1553
U R L English
http://www.yamatoyahonten.co.jp/eng/
Jumlah bilik Jumlah bilik...39 (Gaya Jepun...33 Gaya Barat...6)
Ryokan Kaneyoshi
Ryokan Kaneyoshi

Ryokan Kaneyoshi di Namba ialah ryokan untuk bersiar-bersiar di kawasan Dotonbori. Terletak di tengah-tengah daerah hiburan, ia adalah tempat yang sangat strategik bagi membeli belah, makan atau minum. Ia adalah tempat yang sangat ideal bagi bersiar-siar kerana kedudukannya yang sangat hampir dengan banyak stesen keretapi utama.

Alamat 3-12 Soemon-cho, Chuo-ku, Osaka-shi, Osaka
Poskod 542-0084
T E L +81 6-6211-6337
F A X +81 6-6213-0843
U R L Japanese
http://www.kaneyosi.jp/
Jumlah bilik Jumlah bilik...15 (Gaya Jepun...15 Gaya Barat...0)
Fushioukaku
Fushioukaku

Anda pernah dengar?! Di Osaka juga terdapat ryokan kolam air panas! Ryokan onsen (kolam air panas) yang sangat memudahkan, 1 jam dari Dotonbori, Kita dll dengan tren dan bas. Rumah penginapan gaya Jepun ini juga mengalu-alukan pelawat siang hari sahaja dan sudah tentu juga mereka yang ingin menginap, jadi, setelah penat membeli belah di Dotonburi, apa kata berehat di ryokan kolam air panas? Kobe dan Kyoto juga hanya 1 jam dari sini. Nikmatilah pemandangan Jepun di kelilingi alam semula jadi, bungaan dan kehijauan.

Alamat 128-1 Fushio-cho, Ikeda-shi, Osaka
Poskod 563-0011
T E L +81 72-751-3540
F A X +81 72-751-0420
U R L Japanese
http://www.fushioukaku.co.jp/
Jumlah bilik Jumlah bilik...69 (Gaya Jepun...57 Gaya Barat...7)
Minamitei
Minamitei

Kolam air panas Inunakiyama, daerah kolam air panas terkenal yang tersembunyi di kawasan pinggir bandar Osaka.Kolam air panas semula jadi Minamitei' dipenuhi sulfur. Segarkan badan dan minda sambil menikmati suasana kolam air panas. Anda juga boleh menikmati hidangan bermusim mewah di bilik tetamu di mana anda boleh mengagumi 4 musim. Hidangan babi Inunaki adalah hidangan stimbot yang sangat terkenal menggunakan daging babi Inunaki, satu-satunya jenama babi kawasan Osaka.

Alamat 2236 Ogi, Izumisano-shi, Osaka
Poskod 598-0023
T E L +81 72-459-7336
F A X +81 72-459-7823
U R L Japanese
http://www.minamitei.com/
Jumlah bilik Jumlah bilik...15 (Gaya Jepun...15 Gaya Barat...0)
City Hotel Air Port in Prince
City Hotel Air Port in Prince

Hanya 9 minit perjalanan dengan tren dari Lapangan Terbang Antara Bangsa Kansai! 2 minit sahaja berjalan dari Stesen Izumisano, sangat sesuai untuk penginapan sebelum atau selepas pengembaraan. Ia juga sangat bagus untuk membeli belah kerana hanya 5 minit perjalanan kereta ke Rinku Premium Outlets. Wi-Fi dan internet tanpa henti percuma di seluruh bangunan.

Alamat 6-3 Wakamiya-cho, Izumisano-shi, Osaka
Poskod 598-0055
T E L +81 72-463-2211
F A X +81 72-463-5200
U R L Japanese
http://www.airportprince.com/
Jumlah bilik Jumlah bilik...79 (Gaya Jepun...3 Gaya Barat...76)
Amami Onsen Nanten-en
Amami Onsen Nanten-en

Menawarkan alam semula jadi yang gemilang dikelilingi gunung ganang dari semua arah, sebuah taman Jepun, kolam air panas semula jadi, hidangan musim Jeppun, Nanten-en memberikan peluang kepada tetamu untuk mengalami budaya tradisi Jepun sebenar. Siap lebih dari 100 tahun lalu, bangunan utama gaya Jepun direka oleh Kingo Tatsuno, arkitek sama yang mereka Stesen Tokyo, dan telah diwartakan sebagai Harta Kebudayaan Bukan Benda negara. Mudah diakses, hanya seminit dari Stesen Amami dan 40 minit dari Osaka. Sila lah kunjungi dan alami lah hospitaliti ryokan Jepun!

Alamat 158 Amami, Kawachinagano-shi, Osaka
Poskod 586-0062
T E L +81 721-68-8081
F A X +81 721-68-8012
U R L Japanese
http://www.e-oyu.com/
Jumlah bilik Jumlah bilik...13 (Gaya Jepun...13 Gaya Barat...0)
pagetop