Candi dan Kuil
Kenali sejarah dan budaya Jepun dengan menerokai candi-candi dan kuil-kuil terkenal di Osaka
Istana Osaka
Kerja pembinaan telah dimulakan daripada tinggalan Kuil Honganji Osaka (juga "Ishiyama") pada tahun 1583 oleh Hideyoshi Toyotomi, salah seorang dari "Tiga Pahlawan". Istana ini telah dibakar dan dibina semula banyak kali, dan bangunan yang ada sekarang ini telah dibina pada tahun 1931 hasil sumbangan rakyat.
Di tingkat 8 terdapat anjung tinjau yang membolehkan kita menikmati pemandangan seluruh Osaka.
Alamat | 1-1 Osaka-jo, Chuo-ku, Osaka-shi, Osaka |
---|---|
Waktu dibuka | 9:00 - 17:00 (Waktu masuk terakhir 16:30) |
Waktu cuti | Dari 28hb Disember hingga 1hb Januari tahun berikutnya |
Kuil Shitennoji
Kuil Buddha berskala-penuh pertama di Jepun ini dikatakan telah dibina oleh Putera Shotoku sebagai tempat suci untuk Shitenno, ataupun Empat Dewa, lebih kurang 1400 tahun yang lalu pada tahun 593 (tahun pertama pemerintahan Maharani Suiko). Dewan Rokuji-Raisan-do, Dewan Gansan-Daishi-do, Pintu Sebelah Barat Honbo, Gochi Koin dan Hojo (kuarters ketua rahib) yang terletak di bahagian utara kawasan telah diwartakan sebagai Harta Kebudayaan Penting negara. Kawasan ini berkeluasan lebih kurang 109,090 meter persegi, dan termasuk "Taishi-den" khusus untuk Putera Shotoku. ("Taishi" bermakna "Putera Mahkota".)
Alamat | 1-11-18 Shitennoji, Tennoji-ku, Osaka-shi, Osaka |
---|---|
Waktu dibuka | April hingga September 8:30 - 16:30, buka sehingga 17:00 pada 21hb / 22hb setiap bulan. Oktober hingga Mac 8:30 - 16:00 buka sehingga 16:30 pada 21hb / 22hb setiap bulan. Rokuji-do 8:30 -18:00 buka dari 8:00 pada 21hb / 22hb setiap bulan. Honbo Garden 9:00 - 16:00 |
Waktu cuti | Buka sepanjang tahun (Tutup sementara dari 1hb May hingga 10hb Jun 2014) |
Sumiyoshi Taisha
Tempat suci yang amat bersejarah ini disenaraikan sebagai "Ichi no Miya" ("Candi Pertama") di wilayah Settsu, dan ia adalah ketua kepada lebih dari 2300 candi Sumiyoshi di seluruh negara. Setiap tahun pada hari tahun baru dan beberapa hari selepas itu, candi ini menerima lebih dari 2 juta orang, yang datang untuk mengamalkan tradisi "hatsumode" ( iaitu kunjungan pertama ke candi bagi tahun baru). Setiap 20 tahun menyaksikan upacara Sengu, satu upacara membina semula Honden (bangunan utama candi), dan pada 12hb Mei 2011, satu pesta besar dengan pelbagai acara telah diadakan bagi menyambut ulang tahun ke 1800 persemadian candi tersebut.
Alamat | 2-9-89 Sumiyoshi, Sumiyoshi-ku, Osaka-shi, Osaka |
---|---|
Waktu dibuka | April hingga September 6:00 - 17:00 Oktober hingga Mac 6:30 - 17:00 Upacara sembahyang dan penganugerahan 9:00 - 16:30 |
Waktu cuti | Buka sepanjang tahun |
Lawatan Kilang
Tak kenal maka tak cinta. Ingin mengetahui asal usul produk bertaraf dunia Jepun?
Muzium Ramen Segera
Muzium yang interaktif di mana anda dapat belajar ciptaan dan penemuan ajaib menerusi sejarah ramen segera. Antara tarikan terkenal di dalam muzium ini adalah "Kilang Ramen Ayam", yang memberi peluang kepada pelawat membuat ramen ayam dengan tangan sendiri, dan di " Kilang Mee Cawan Saya" anda dapat membuat ramen dengan pilihan sup dan topping citarasa anda sendiri. Terdapat juga rekreasi bangsal penyelidikan kecil di mana Momofuku Ando mencipta ramen ayam, ramen segera yang pertama di dunia.
Alamat | 8-25 Masumi-cho, Ikeda-shi, Osaka |
---|---|
Waktu dibuka | 9:30 - 16:00 (Waktu masuk terakhir 15:30) |
Waktu cuti | Setiap Selasa (juga hari berikut jika Selasa adalah cuti umum), cuti hujung tahun dan tahun baru. |
Asahi Breweries
Pelawat ke Kilang Suita, tempat lahir Asahi Beer, boleh melihat fasiliti yang mempunyai lebih dari 120 tahun sejarah, sejak dari pembukaannya pada tahun 1891.
Peserta dalam satu dari pada tiga laluan lawatan percuma ini (tempahan diperlukan) boleh mengalami sendiri setiap peringkat proses daripada penyediaan bahan mentah sehingga penambahan malta, hop dan lain-lain, dan sudah tentu pelawat juga akan dapat merasa bir segar yang baru siap.
Alamat | 1-45 Nishinosho-cho, Suita-shi, Osaka |
---|---|
Waktu lawatan kilang | 9:30 - 15:00 |
Waktu cuti | Cuti hujung tahun dan tahun baru, cuti-cuti yang ditetapkan |
Suntory
Bandar kelahiran wiski Jepun, syarikat penyulingan Suntory Yamazaki telah membuat wiski sesuai dengan selera rakyat Jepun sejak pembukaan pertama pada tahun 1923. Sewaktu lawatan kilang, pelawat bukan sahaja mendapat lawatan berpandu di mana mereka boleh belajar tentang semua proses wiski malta, tetapi (dengan bayaran tambahan) mereka juga boleh melihat pelbagai persembahan di mana mereka akan mengetahui lebih lanjut mengenai kraf pembuat wiski,rahsia-rahsia tentang wiski dan banyak lagi.
Terdapat juga kaunter merasa di mana pengunjung boleh mencuba wiski tanpa campuran dan wiski jarang ada.
Alamat | 5-2-1 Yamazaki, Shimamoto-cho, Mishima-gun, Osaka |
---|---|
Waktu dibuka | Waktu lawatan berpandu 10:00 - 15:00 (Setiap jam / Waktu berangkat akhir 15:00) Waktu dibuka 10:00 - 16:45 (Waktu masuk terakhir 16:00) |
Waktu cuti | Cuti hujung tahun dan tahun baru, cuti kilang (juga ditutup dalam keadaan-keadaan tertentu) |
Taman Tema
Taman-taman tema yang pasti anda tidak mahu lepaskan dan lupakan. Jangan ketinggalan acara-acara bermusim.
Universal Studios Japan
Sebuah taman tema mendebarkan dengan tema blockbuster Hollywood.
Dengan pelbagai tarikan, pertunjukan watak dan banyak lagi, banyak keseronokan untuk orang dewasa dan kanak-kanak menanti anda di sini.
"The Wizarding World of Harry Potter", adalah tarikan terbaru yang mempersembahkan siri filem terkenal dunia "Harry Potter" , dibuka pada Julai 2014.
Alamat | 2-1-33 Sakurajima, Konohana-ku, Osaka-shi, Osaka |
---|---|
Waktu dibuka | -- |
Waktu cuti | -- |
Zoo Tennoji
Dibuka pada tahun 1915, ia adalah zoo ketiga tertua di Jepun.
Berkeluasan 11 hektar dan menjadi rumah kepada 900 haiwan mewakili 200 spesis.
Anda akan dapat menyaksikan haiwan-haiwan ini makan dengan menyeronokkan, dan di kawasan "Seitaiteki Tenji" haiwan dilepas bebas secara liar yang akan memberi gambaran kehidupan sebenar haiwan-haiwan ini yang tinggal di situ.
Alamat | 1-108 Chausuyama-cho, Tennoji-ku, Osaka-shi, Osaka |
---|---|
Waktu dibuka | 9:30 - 17:00 (Waktu masuk terakhir 16:00) (Dibuka sehingga 18:00, waktu masuk terakhir 17:00 pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum di bulan Mei dan September) |
Waktu cuti | Setiap Isnin (juga hari berikutnya sekiranya Isnin ialah cuti umum) Hujung tahun (29hb Disember hingga 31hb Disember) (Buka sementara untuk 2014: 28hb April 2014, 11hb Ogos 2014, 1hb Januari 2015, 30hb Mac 2015) |
Membeli Belah
Syurga membeli belah, Osaka. Dengan beraneka fesyen, sajian makanan dan banyak lagi, ini lah dia pusat membeli belah pilihan anda.
Abeno Harukas
Dengan 60 tingkat dan berketinggian 300 meter, ini adalah adalah bangunan tertinggi di Jepun dan struktur binaan ke-tiga tertinggi di negara tersebut selepas Tokyo Sky Tree (634 meter) dan Tokyo Tower (332.6 meter).
Reka bentuk kedai bertemakan "sebuah tempat seperti bandar" , gedung utama Abeno Harukas Kintetsu menawarkan jenama terkenal, restoran yang membolehkan anak kecil bersama keluarga mempelajari tentang makanan disamping menjamu selera, dan banyak lagi. Pelawat boleh bersantai menerokai setiap tingkat yang sangat luas.
Alamat | 1-1-43 Abeno-suji, Abeno-ku, Osaka-shi, Osaka |
---|---|
Waktu dibuka | 10:00 - 20:00 Setiap tingkat dari tingkat 2 bawah tanah hingga tingkat 2 dibuka sehingga 20:30 pada Jumaat dan Sabtu Tempat Makan Abeno Harukas 10:00 - 23:00 Food Court Abeno Shijo tingkat 2 bawah tanah 10:00 - 22:00 |
Waktu cuti | Cuti Tidak Berjadual |
Dotonbori
Dotonbori, adalah daerah hiburan paling meriah di Osaka, sering dilambangkan oleh papan tanda Kani Douraku, Glico dan lain-lain.
Di bandar "makan sehingga tumbang" ini, kami mengesyorkan anda menjamu selera takoyaki, okonomiyaki dan lain-lain makanan berasaskan adunan, kemudian jamu selera mata anda pula dengan pemandangan Osaka Minami sambil bersiar-siar dengan santai di sepanjang "Tonbori River Walk".
Pasar Kuromon
Pasar Kuromon sangat terkenal sebagai harta karun makanan, seiring dengan Pasar Borong Osaka Central. Terdapat lebih kurang 180 kedai di sepanjang jalan sepanjang 580 meter ini, dan di samping ikan segar, anda boleh membeli sayur-sayuran, buah-buahan, minuman, pakaian dan banyak lagi. Pada hari biasa, sebanyak 18,000 pengunjung datang ke sini.
Pada waktu tersibuk iaitu hujung tahun dan tahun baru, fugu (ikan buntal) dan bahan-bahan makanan bermusim lain berlumba-lumba dijual. Acara istimewa seperti Saimatsu Shaonsai, satu pesta terima kasih hujung tahun, turut diadakan.
Alamat | 2-4-1 Nipponbashi, Chuo-ku, Osaka-shi, Osaka |
---|
Hiburan Malam
Bila sebut tentang hiburan malam, Osaka juga tidak kurang hebatnya berbanding Tokyo.
Kitashinchi
Daripada kedai makan kecil, pusat gastronomi, bar hingga ke kelab malam, ini adalah pusat makanan dan minuman ternama Jepun persis kawasan Ginza di Tokyo. Pilih makanan yang sesuai dengan bajet anda, bersantai di bar dan nikmatilah kehidupan malam di Osaka.
Hanya 8 minit berjalan kaki ke selatan dari Stesen Osaka.
Namba
Daerah hiburan meriah ini adalah yang paling "Osaka" di dalam Osaka, ia penuh sesak dengan manusia yang silih berganti sepanjang malam.
Terdapat pelbagai pilihan izakaya, bar dan tempat-tempat makan di mana anda boleh menikmati okonomiyaki, takoyaki, yakiniku, nabe dan apa sahaja yang lain.
Hanya 10 minit ke Namba dari Stesen Umeda menggunakan Aliran Midosuji Keretapi Bawah Tanah Kota Osaka.